Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri. Terlalu lama Saya tak update blog ni kan? Sebab aku terlalu sibuk dengan Kerja. Kepada yang sentiasa menggesa untuk aku update blog ni dan terus memberikan tip-tip berguna, terima kasih aku ucapkan dengan sokongan padu korang. Aku sangat menghargainya. Aku doakan korang berjaya. Aamin.

Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

Ok. Pada post kali ini, aku akan menceritakan serba sedikit mengenai apa yang aku dapat dari sebuah buku ni. Buku yang aku baca ni bertajuk Think And Grow Rich. Buku ini ada 260 muka surat. So, boleh la aku jadikan kandungan buku tu sebagai topik utama dalam kategori 7 Minit Muhasabah ni. Ok. Setakat ni, aku sempat habiskan bahagian introduction terlebih dahulu. Bahagian ni pun dah makan bape puluh muka surat dah. Jadi, mari kita belajar slow2 apa yang Napoleon Hill cakap dalam buku ni.

 

Dalam bahagian introduction ni, banyak ungkapan-ungkapan yang aku sayang nak miss. Antaranya ialah :

“Whatever you mind can conceive and believe, it can achieve”-Napoleon Hill

Ayat memberi ransangan kepada minda kita. Kenapa? Ia mengajar minda kita untuk percaya dengan apa yang kita fikirkan. Korang perlu yakin bahawa apa yang korang fikirkan dan percaya, korang akan dapat merealisasikannya. Jadi, jika baik perkara yang difikirkan, baik la hasilnya. Jika buruk, buruk jugak la yang kita dapat.

“All achievement, all earned riches, have their beginning in an idea. ” -Carnegie

Ungkapan ini pula menunjukkan bahawa tanpa sebuah idea, kita tidak akan berkembang. Bermakna, jika kita hanya buat apa yang orang lain buat, kita buat sama seperti orang lain buat, apa yang kita dapat hanya setakat apa yang orang lain dapat. Jadi, sekiranya kita ingin mendapat lebih dari kebiasaan, kita perlu rajin mengeluarkan idea. Idea itu penting. Idea itu sangat mahal. Walaupun kadangkala tidak logik, atau mengarut, ia tetap suatu idea yang akan membawa kita keluar dari kepompong kebiasaan kehidupan kita.

BACA JUGA :  Cara Mengembalikan Cinta Yang Memudar

Dan beberapa lagi qoutes yang terdapat pada bahagian introduction :

  • When one is truly ready for a thing,it puts in its appearance…
  • Many fail recognize opportunity…
  • Know what you wanted and the determination to stand by that desire until u realize it…
  • Causes of failure = the habit of quitting when one is overtaken by temporary defeat…
  • The most successful men told their greatest success came just one step beyond the point at which defeat had overtaken them…
  • Success comes to those who become success conscious. Failure comes to those who indifferently allow themselves to become failure conscious…

Dan kata-kata yang aku paling suka sekali ialah :

“You are the master of your fate, the captain of your soul because we have the power to control our thoughts…”-Henry Ford

Aku rasa korang sedia maklum siapa dia Henry Ford ni. Tanpa Henry Ford, takkan wujud enjin kereta dengan 8 silinder dalam satu blok yang dianggap  mustahil suatu masa dahulu. Henry pegang kepada kata-kata di atas dan dia mempunyai KEINGINAN untuk melakukannya dan dia dapat apa yang dia inginkan.

BACA JUGA :  Sisi Positif Negatif Berteman Dengan Mantan

Baca Juga

Cara Mengembalikan Cinta Yang Memudar

Fakta Unik Cinta

4 Hal yang Membuat Wanita Lama Menjomblo

Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri. Renung2kanlah wahai labu dan labi semua…

 

Leave a Reply